Setiap perkataan dikeluarkan daripada mulutnya,
Menjadi tanda tanya kepada diriku,
Ikhlaskah dia selama ini?
Mencari sebuah kejujuran dalam sebuah perhubungan,
Janganlah dianggap satu tugas yang mudah,
Kerana sekali percaya,
Tidak mungkin dapat berpatah balik.
Benarkah aku ini berada di hatinya?
Sahabat baik seperti mana kah aku kepada nya?
Adakah seperti sahabat-sahabatnya yang lain?
Kasih sayang seorang sahabat,
Amat ku dambakan,
Malam ku mimpi menemui kejujuran itu,
Siang menjelma ku menemui kepalsuan,
Salahkah aku meminta kejujuran daripada mu?
Salahkah aku meminta kasih dan sayangmu?
Salahkah aku menjadi teman baik mu?
4 comments:
insya-Allah ikhlas :)
baguslah....
sajak ke ?
Ha'ah...kenapa?
Post a Comment