About me

My Photo
Wan Zulaikha Bt Wan Harith
View my complete profile

Motto

I am strong in my heart. I'm not a loser!

My Lovers

Faceblog


Powered by Blogger.

Monday, 21 March 2011

Daun Pun Berzikir

Oleh : Taufiqurrahman Al-Azizy

Rating bg saya 5 bintang...
Jalan penceritaan yang baik...
terlalu baik... 
sehinggakan merasa kesusahan yang dialami oleh watak utama
iaitu Haydar
Seorang lelaki miskin yang kematian ayahnya
tinggal bersama ibunya di Desa Gagatan
Dia tinggal di sebuah gubuk yang teramat buruk
Namun, disebalik kemiskinan itu,
dia seorang pencinta Allah yang setia
Pada mulanya, dia sering menyendiri kerana teringatkan 
arwah ayahnya yang dia tidak sempat bersama ketika
ayahnya menghembuskan nafas terakhir kerana 
bekerja di Jakarta untuk menampung kehidupan 
keluarganya di kampung.
Beliau mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu
Shofi dan Nayla.
Shofi merupakan anak kepada keluarga terkaya di Desa Gagatan
Rupa paras yang cantik menjadi idaman setiap pemuda di sana
Namun, dia sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama Haydar
Nayla juga dari keluarga yang miskin
Namun, dia merupakan seorang sahabat yang baik

Kisah ini bermula apabila sekumpulan pemuda dan pemudi  
dari kota datang ke Desa Gagatan.
Mereka terdiri daripada Bram, Asep, Lidya, Rohman dan Nana.
Bram seorang pemuda yang kaya dan berasal dari kota.
Dia datang ke sana untuk mencari sumber air bagi desa tersebut
Apabila berada di sana, dia telah terjatuh hati kepada Shofi
Ibu Shofi menyokong keputusan Bram untuk berkenalan dengan Shofi,
Oleh sebab Shofi terlalu rapat dengan Haydar,
dia tidak mengizinkan Shofi keluar dari rumah.
Dia mahu Shofi berkahwin dengan Bram yang kaya.
Namun, Shofi tetap berkeras tidak mahu dijodohkan dengan Bram

Apabila cinta Bram ditolak oleh Shofi,
dia cuba memburukkan Haydar dihadapan penduduk desa itu.
Dia menyuruh Haydar dan membayar Haydar untuk menggali sumur sendiri.
Dia mahu memalukan Haydar.
Namun, sebaliknya yang terjadi.
Selepas itu, dia menjadi tidak keruan.
dia seperti gila kerana tidak tahan menahan rindu dan cintanya kepada Shofi

Dia sering bercakap seorang diri,
makan daun-daun 
tidur di atas batu dan di bawah pohon rendang,
dan minum air yang tidak tahu bersih atau tidak

Dalam waktu yang sama,
Haydar telah dibelasah oleh Rohman kerana
menyangka Haydar telah menguna guna-guna kepada Shofi
Dan ketika Haydar diubat oleh ayah Nayla,
Ayah Nayla jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital
Lalu, disahkan oleh Doktor bahawa ayah Nayla sudah meninggal dunia

sewaktu Haydar dan ibunya berada di hospital,
sebahagian pemuda kampung telah membakar gubuk tua milik
Haydar dan ibunya.
Dan terjadilah pergaduhan antara pemuda yang membakar dan yang tidak membakar

Setelah mendapat tahu perkara yang sebenar bahawa
Haydar tidak menguna guna-guna kepada Shofi,
penduduk kampung yang selama ini memandang hina
kepada Haydar 
berasa menyesal, begitu juga ibu Shofi
kini, dia sedari bahawa dia tiada hak untuk mencampuri urusan
cinta anaknya
Shofi berhak memilih siapa untuk menjadi pasangan hidupnya

Bram telah dijumpai oleh Kiyai Ali Musthofa,
lalu dia telah menyedari bahawa selama ini dia telah melakukan banyak dosa
Dan dia sering menjauhkan diri daripada Allah
Dan dia pulang ke desa Gagatan untuk meminta maaf kepada semua penduduk 
kampung itu

Haydar telah memilih Nayla untuk menjadi pendamping hidupnya
manakala Shofi memilih Bram sebagai pengganti Haydar.

-TAMAT-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©