G.NA - I'll Back Of So You Can Live
(Feat Junhyung & Doojoon from B2ST)
Ok, lagu ini boleh lah dikatakan agak jiwang,
Tapi taklah menonjol sangat perasaan jiwang itu,
Ok, meh saya cerita tentang sinopsis lagu ini,
cewah, lagu pun ada sinopsis kan?
Pelik...pelik
Lagu ini tentang seorang perempuan yang
sukar menerima hakikat yang dia dah berpisah dengan kekasihnya,
Dia tidak percaya yang teman lelakinya sanggup mengucapkan
kata-kata perpisahan itu,
Walau dia mahu kembali bersama teman lelakinya itu,
dia cuba pujuk hatinya dan berkata
"Mungkin dia dah ada orang lain"
"Mungkin dia sudah rasa jemu"
"Mungkin dia sudah lupakan tentang hubungan nya dahulu"
Jadi, dia buat keputusan untuk pergi meninggalkan kekasihnya
dan menghilangkan diri daripada pandangan kekasihnya itu
Agar, kekasihnya itu dapat mempunyai kehidupan yang lebih baik
tanpa dia di sisi...
Walaupun lagu ini berkaitan tentang cinta,
Kadang-kadang kalau saya bergaduh dengan kawan baik saya,
Saya akan mendengar lagu ini,
dan kadang-kadang hampir mahu membuat keputusan yang sama,
Adakah mereka(rakan) akan mempunyai kehidupan yang lebih baik?
0 comments:
Post a Comment