About me

My Photo
Wan Zulaikha Bt Wan Harith
View my complete profile

Motto

I am strong in my heart. I'm not a loser!

My Lovers

Faceblog


Powered by Blogger.

Sunday 10 April 2011

Depression a.k.a Kemurungan



Ada seorang rakan tegur bahawa adakah saya ini kemurungan,
Saya mula anggap tidak...
Tetapi saya berasa terkejut apabila mendapati 6/7 petanda kemurungan
Ada pada diri saya 
Tanda-tanda nya:
  1. Tidak boleh tidur atau terlalu banyak tidur
  2. Tidak boleh tumpukan perhatian dan menganggap tugas sebelum ini adalah sukar
  3. Berasa kurang semangat dan merasakan diri tidak berguna
  4. Tidak boleh kawal berfikiran negatif 
  5. Hilang selera makan atau kuat makan
  6. Senang berasa kurang selesa atau kuat marah
  7. Merasakan hidup ini tiada erti (Nasib baik tidak tergolong)
Sejujurnya saya sudah lama mempunyai tanda-tanda ini...Sejak berada di tingkatan 3 lagi. Saya sangkakan saya tidak akan mengalami kemurungan lagi...Entah kenapa semua kelakuan dan perkara yang berlaku di hadapan saya seakan-akan menyakiti hati saya...Saya cuba menjauhkan diri dengan bermacam-macam cara. Cuba berfikiran positif, tapi semakin lama, saya tidak mampu mengawal kehendak fikiran saya. Mungkin semua orang fikir saya ini cuma mengada-ngada tetapi cuba berada di tempat saya! 

Saya bukan mengada-ngada, saya bukan over react tetapi saya seorang yang tidak pandai meluahkan rasa tidak puas hati. Saya suka pendamkan kerana saya yakin saya pasti dapat lupakan. Tapi saya tidak boleh. Saya tidak boleh ceritakan perkara ini kepada orang yang lain. Ini kerana mereka tidak boleh menggambarkan situasi itu. Saya tahu mereka cuba. Tapi saya tidak mahu. Saya mahu mencari jalan lain. DENGAN BERSENDIRIAN...........

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©