Aku tak pernah merungut
Walaupun sekali bila kau marah aku
Tapi kenapa tiap kali aku marah
Kau merungut kata aku garang
Siapa tak garang bila marah?
Aku tak pernah merungut
Walaupun sekali kau sakit kan hati aku
Aku ini bukanlah seperti orang lain
Banyak kelemahan nya
Tapi kau kata kau boleh terima kelemahan itu
Semuanya tipu belaka kan?
Aku tak boleh beri lebih daripada
apa yang aku mampu berikan
Aku selalu minta maaf
Sebab aku tahu itu sahaja yang aku mampu katakan
Siapa aku bagi kau?
Kenapa bila semua dah bosan layan perangai aku
Kenapa kau ikut serta sekali?
Aku berharap sangat kau tak macam itu...
Tapi kenapa mesti sekarang?
Kenapa tak dulu sahaja?
Aku kuat menangis...
Jadi?
Aku tak boleh luahkan apa yang aku rasa
Sebab aku takut kau dan orang lain akan terasa sakit hati juga
Kenapa tak memahami aku?
Kau tahu betapa sakitnya hati aku bila
Kau kata aku tak akan memahami kau
Selama ini aku buat apa?
Jangan anggap aku seperti tak ada perasaan!
Aku perempuan!
Perempuan memang kawan baiknya air mata...
Aku bangga dengan itu!
Tolong hormat diri aku!
0 comments:
Post a Comment