Andai kau ingat kepada aku
Pada ketika dan saat ini
Ingin ku menyampaikan
Kesusahan dan kekecewaan aku kepada mu
Padamu aku selalu berkongsi masalah
Padamu aku selalu mengharapkan tempat untuk bergantung
Namun, kini ku terkapai-kapai
dalam lautan masalah
Yang membuat ku menyedari banyak kesilapan ku
Aku tahu siapa aku berbanding orang lain yang lebih kau kenali
Aku tahu kini kisah persahabatan kini semakin berubah
Kematangan dan kehidupan memisahkan kita
Tiada apa dapat rapatkan semula
Kenangan-kenangan kita
Setiap lukisan akan ku hiasi dengan semua
Kenangan-kenangan kita
Seadainya hubungan persahabatan kita
Sampai di sini sahaja
Janganlah kau rasakan aku kejam
Kerana diri ku ini juga berat untuk melepaskan
Persahabatan kita ini
Sebagai seorang sahabat
Kau perlukan seorang sahabat yang lebih baik daripada ku
Seorang yang mampu memimpin mu
Ketika engkau perlu seorang sahabat
Sedihnya,
Aku bukan sahabat yang layak buat mu
Warkah ini ku hadiah kan untuk
Wahai sahabat ku
0 comments:
Post a Comment