About me

My Photo
Wan Zulaikha Bt Wan Harith
View my complete profile

Motto

I am strong in my heart. I'm not a loser!

My Lovers

Faceblog


Powered by Blogger.

Tuesday 12 April 2011

Mujhse Dosti Karoge

Mujhse Dosti Karoge
a.k.a Will You Be My Friend

Story Morries bukak cerita

Inilah cerita yang paling diminati!
Hu3...
Tengok berjuta-juta kali pun tak pening dan 
tak bosan
Cerita ini bukan macam cerita Hindustan yang lain
Cerita ini punyai jalan cerita yang bagus
Dan tak adalah sampai menangis
5 Stars!

Sebernanya peminat setia Rani Murkherjee ni
Jangan main2
Semua filem yang dia belakon semua dah tengok
Mula-mula tengok sebab mama tengok
Tapi dah terjebak lah pulak
ha3

Nak dengar tak cerita dia macam mana?
Tapi kenalah perkenalkan watak-watak drama yang 
Menjayakan filem ini
Sampai jatuh cinta pada semua watak-watak dia
Ini Hrithik Roshan
Pegang watak Raj Kapoor
Hero filem ini

Ini Rani Murkherjee
Pegang watak Pooja
Cantik kan?

Ini Kareena Kapoor
Pegang watak Tina

Ini Uday Chopra
Pegang watak Rohan

Mujhse Dosti Karoge
Cerita ini bertempatkan di Shimla, India. Keluarga Raj, Tina dan Pooja mempunyai ikatan persaudaraan yang rapat. Oleh sebab itu, mereka bertiga membesar bersama. Raj suka kepada Tina kerana bagi dia Tina merupakan gadis paling cantik pernah dia jumpa. Manakala, Pooja pula menyukai Raj secara diam-diam. 
Cerita ini bermula apabila keluarga Raj berhijrah ke London. Sewaktu hendak menunggu ketibaan kereta api untuk ke lapangan terbang, mereka masing-masing mengucapkan selamat tinggal. Di sinilah Raj menyuruh Tina berjanji untuk mengirim email kepadanya setiap hari. 
Namun, sebaliknya terjadi. Tina tidak mempunyai perasan suka kepada Raj kerana dia hanya menganggap Raj sebagai sahabat. Lalu, Pooja menggantikan tempat Tina dan menghantar email itu sebagai Tina. 
Sehingga mereka dewasa, mereka saling membalas email. Raj menghantar satu lagu kepada Pooja kerana dia mendengar lagu itu ketika berada di gereja. 

Suatu hari, Raj memberitahu Pooja bahawa dia dan keluarganya akan pulang melawat Shimla selama 2 minggu. Disebabkan tidak mahu Raj tahu bahawa dia yang membalas email Raj selama ini, dia menyuruh Tina menyamar menjadinya.
Di stesen kereta api, Raj terus jalan dan tidak memandang ke arah Pooja sebaliknya terus mendapatkan Tina. 
Ketika berada di Shimla, Raj telah berkawan rapat dengan Pooja kerana dia mahu meminta bantuan Pooja untuk mendekati Tina. Manakala Tina pula sudah jatuh hati kepada Raj.

Pooja datang ke London untuk temuduga di London Universiti. Oleh sebab itu, Raj telah bercuti dan meluangkan masa selama seminngu bersama Pooja. Ketika mereka sedang bersiar-siar, Pooja terpandang ke arah gereja. Ketika mereka sedang berdoa, Pooja secara tidak sengaja berdeham lagu yang Raj emailkan. Dan rahsia itu telah pun terbongkar.
Raj pada mulanya marah kepada Pooja namun dia merasakan cintanya kepada Pooja. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pulang bagi memberitahu kepada keluarga. Dalam perjalanan pulang, Raj memberikan Pooja gelang yang menunjukkan dia bakal menjadi menantu keluarga Kapoor. Malangnya ayah Tina mati dan mereka tidak memberitahu kepada keluarga mereka.

Pooja mengambil keputusan untuk tidak memberitahu hal sebenar kepada keluarganya kerana keluarga Raj mahu menjadikan Tina sebagai menantu mereka. Lalu, dia menyuruh Raj untuk berkahwin dengan Tina. Raj tidak bersetuju dan dia hanya akan berkahwin dengan Tina jika Pooja akan berkahwin pada hari yang sama.

Ketika majlis pertunangan Raj dan Tina, Pooja telah berkenalan dengan kawan Raj iaitu Rohan. Keluarga Pooja mahu Pooja berkahwin dengan Rohan, lalu meminta Raj untuk memujuk Pooja supaya berkahwin dengan Rohan. Sebaliknya Raj menggertak Pooja, seandainya dia tidak berkahwin dengan Rohan, dia akan beritahu semua orang mengenai hubungan mereka. Oleh sebab itu, Pooja pun bertunang dengan Rohan. Ketika berhias untuk majlis perkahwinan, Pooja terjumpa gelang tersebut, lalu memakainya. Tapi tidak muat lalu dipakaikan kepada Pooja, dan muat.

Di majlis perkahwinan mereka, Pooja mahu merestui hubungan Raj dan Tina dan dia mahu hiasi dulang yang ada serbuk merah. Ketika Raj sedang menyempurnakan restu Pooja. Tiba-tiba tangannya tersentuh bekas berisikan serbuk merah itu. Lalu, terjatuh dan serbuk merah itu terkena pada kepala Pooja. Pooja mahu menghilangkan serbuk itu. Namun dihalang oleh Tina. Tina mahu Pooja berkahwin dengan Raj. 

-The End-





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©